Tawaran Tender & Sebutharga

Berita@Bendahari

HEBAHAN PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2015 DAN BIL 2 TAHUN 2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari telah mengeluarkan Pekeliling Bendahari Dan Surat Edaran Bendahari seperti di atas mengenai GARIS PANDUAN PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT BAGI MENGURANGKAN PERBELANJAAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA STAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI.

 

Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan perkara di atas untuk makluman dan rujukan tuan/puan.

 

- Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Di Universiti Sains Malaysia

- Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Staf Universiti Sains Malaysia Kerana Menjalankan Tugas Rasmi

 

SEKSYEN GOVERNAN, JABATAN BENDAHARI USM

...
HEBAHAN SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2015

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Surat Pekeliling Bendahari telah dikeluarkan untuk diterimapakai di peringkat Universiti. Surat pekeliling adalah seperti berikut:

 

- Surat Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2015 – Kelulusan Khas Bagi Pengkelasan Item Dan Had Nilai Pembelian Terus Dalam Perolehan Kerajaan di Hospital Universiti Sains Malaysia

 

Sehubungan dengan ini, kerjasama semua pihak adalah diharapkan dalam memastikan garis panduan yang dikeluarkan ini dipatuhi. Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan perkara di atas untuk makluman dan rujukan tuan/puan.

 

SEKSYEN GOVERNAN, JABATAN BENDAHARI USM

...
TARIKH AKHIR PENERIMAAN DOKUMEN PINJAMAN KENDERAAN DAN KOMPUTER TAHUN 2015

Dengan hormatnya dimaklumkan tarikh akhir penerimaan dokumen pinjaman kenderaan dan komputer bagi tahun 2015 adalah seperti dalam fail berikut:

 

JADUAL UNIT PINJAMAN 2015

 

JABATAN BENDAHARI

...
JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2015

Dengan hormatnya dimaklumkan Jadual Pembayaran Gaji 2015 adalah seperti dalam fail berikut:

 

- JADUAL GAJI 2015

 

UNIT GAJI, JABATAN BENDAHARI

...
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI

USM Pulau Pinang, 19 dan 20 November 2014 – Satu makmal pengurusan aset anjuran Jabatan Bendahari telah diadakan di ketiga-tiga kampus; Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya,Kampus Induk, Dewan Seminar, Kampus Kejuruteraan dan Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan pada 19 dan 20 November 2014.

 

Makmal yang bertemakan Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti dihadiri lebih dari 200 peserta yang terdiri daripada Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset dan Pegawai Penerima Aset di setiap PTJ. Makmal yang diadakan selama satu hari setengah ini dikendalikan oleh En Wan Mazlan Wan Ab. Rahman, Timbalan Bendahari, Seksyen Pengurusan Aset & Perakaunan, Jabatan Bendahari dan satu sesi khas bersama wakil audit dalam, En Ibrahim, Rapie, Juruaudit Dalam Kanan yang berkongsi berkenaan Indeks Akauntabiliti dan Penemuan Audit.

 

Pemangku Bendahari, Cik Rohayati Mohd Isa juga mengambil kesempatan berinteraksi dengan para jemputan dan dilihat respon daripada peserta sangat positif dimana ramai yang mengambil inisiatif berkongsikan pengalaman dan bertanyakan pelbagai soalan.

 

Taklimat ini bertujuan meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan asset aslih di Unviersiti amnya dan PTJ khususnya bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Pemantapan pengurusna dan tadbir urus asset alih Universiti dengan lebih berkesan;
  • Mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan berhubung tatacara pengurusan asset alih Universiti;
  • Kesedaran tentang penemuan-penemuan audit; dan
  • Memastikan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam teguran audit tidak berulang.

 

Dengan sambutan yang amat memberangsangkan, Jabatan Bendahari akan cuba menganjurkan lebih banyak program sebegini yang dapat memanfaatkan seluruh warga Universiti. IN SYA ALLAH.

 

Disediakan oleh :

Seksyen Perancangan Koporat & Pentadbiran

...

Sistem

Hubungi Kami

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang.
Tel: +604-653 3131
Faks: +604-658 8205
Emel: bursar@usm.my

Pautan Pantas
Penafian

Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Bendahari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.